WUSHU CLUB 2016/2017

Welcome

Welcome to our site! Here you'll find the latest updates and news about USMKK Wushu Club. Visit us regularly to see what we're up to.

Saturday, September 19, 2009

24 seasons drum as Warisan Kebangsaan 2009

according to JABATAN WARISAN NEGARA (JWN)Latar Belakang Sejarah :

Dram Dua Puluh Empat Perayaan merupakan gabungan amalan tradisional China dengan ciptaan kebudayaan masyarakat Cina di Malaysia.

Ia merupakan seni persembahan yang diasaskan di Malaysia pada tahun 1980-an.

Ia menggabungkan tiga unsur kebudayaan dan kepercayaan tradisional Cina iaitu 24 tempoh suria atau musim, kesenian kaligrafi dan seni paluan gendang.

Ia mewujudkan satu seni kebudayaan baru serta interpretasi yang baru kepada kesenian gendang yang tidak pernah wujud di mana-mana pun sebelum ini sehingga membina wajah yang baru kepada kesenian masyarakat Cina.

Kini sudah genap 20 tahun kelahiran Dram Dua Puluh Empat Perayaan, dan ia terbukti menjadi unsur kebudayaan Cina di Asia Tenggara yang berkembang dengan pesat, luas dan penuh bersemangat, bukan sahaja dari segi irama bunyinya malahan gerak tari dan pukulan pemain-pemainnya.

Kehebatan seni persembahan ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di China dan juga Taiwan.

Kesenian persembahan initelah diakui oleh masyarakat dalam dan luar Malaysia sebagai suatu "kebudayaan baru" yang perlu mendapat pengiktirafan warisan masa hadapan.

Gaya persembahan Gendang Dua Puluh Empat Perayaan yang penuh bsersemangat dan gagah membolehkannya berkembang dengan pesat sekali di Malysia serta telah menjadi ikutan dan dikembangkan ke negara Asia Tenggara termasuk China dan Taiwan.




There are 172 items listed in "Warisan Kebangsaan 2009"
















24 seasons drum is under category of "culture & art", listed as item 156
Malay Name: (24)Dua Puluh Empat Gendang Perayaan


























one of the creator of 24 seasons drum, Mr Tan Hooi Song(陈徽崇) also being awarded "Warisan Orang Hidup"

Latar belakang sejarah:
Encik Tan Hooi Song dilahirkan pada tahun 1947 dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Ipoh. Selain itu, beliau mendapat ijazah di Jabatan Muzik, Universiti Perguruan Taiwan pada tahun 1971. Beliau merupakan guru muzik sejak tahun 1972 sehingga ke hari ini.

Encik Tan Hooi Song terkenal dalam kesenian gendang. Beliau telah mendapat pengiktirafan oleh masyarakat Cina Malaysia sebagai "Bapa Gendang Tradisi". Pengiktirafan ini diberi adalah kerana beliau telah berjaya mencipta kesenian Gendang yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan Malaysia yang dinamakan "24 Gendang Perayaan" yang telah diperkembangkan di seluruh masyarakat Cina Malaysia, meliputi semua sekolah, kolej dan universiti. Selain daripada itu, kesenian ini turut dipersembahkan dalam pelbagai acara rasmi dan mendapat anugerah atau hadiah di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Encik Tan Hooi Song merupakan orang pertama melagukan Puisi Mahua
(Sastera Cina Malaysia) dalam bentuk "lagu puisi" yang julung kalinya diperkenalkan kepada masyarakat Cina Malaysia pada tahun 70-an. Terdapat pelbagai bengkel, seminar dan persembahan telah dianjurkan oleh beliau bagi memperkembangkan tradisi lagu puisi di serata pelusuk negara. Hasil daripada usaha tersebut beliau telah menerima anugerah "Tokoh Puisi Lagu Mahua(马华)" dan "Tokoh Penggalak Muzik Tradisi Cina" oleh beberapa organisasi dan pertubuhan cina.

Seterusnya, Encik Tan Hooi Song juga melibatkan diri dalam bidang pendidikan muzik tradisional. Penglibatan beliau amat ketara sehingga menjadi pemimpin dan pembimbing pasukan orkestra dan pasukan pancaragam sekolah-sekolah. Beliau bergiat aktif dalam pendidikan muzik ini selama 35 tahun sehingga ke hari ini.

source: http://www.daftarwarisan.gov.my/

2 comments: